Saturday 30 May 2009
Gabungan Siri Al Kuliyyah dan Majlis Perpisahan
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama menghadiri diri ke majlis gabungan Al Kuliyyah (lelaki dan wanita) yang telah diadakan serentak dengan majlis perpisahan pasangan keluarga Sdr Mohsin dan Sdri Roza. Majlis ini telah dihadiri oleh semua lapisan umur warga Melayu Hull.
Majlis bermula dengan solat asar berjemaah yang telah dipimpin oleh Sdr Hj Razali. Selanjutnya beliau juga turut mengisi majlis ilmu dengan membicarkan konsep ciri-ciri intelektual dan kejayaan berlandaskan prespektif Islam serta maksud perpisahan.
Program diteruskan dengan sesi perbincangan slot kesihatan oleh Dr. Thohiroh. Slot kali ini telah membincangkan mengenai penyakit 'swine flu' (selsema babi). Swine flu ini merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan microscopic organisms yang dikenali sebagai 'swine influenza virus'. Antara tanda-tanda jangkitan 'swine flu' adalah demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melap0rkan cirit-birit dan muntah.
Sdr Mohsin dan Sdri Roza turut memohon maaf dan mengucapkan ribuan terima kasih buat seluruh warga komuniti Melayu Hull di atas segala kerjasama dan bimbingan yang telah diberikan. Untuk pengetahuan umum, Sdri Roza dan keluarga bertolak kembali ke Malaysia kerana telah tamat dan berjaya dalam pengajian PhD di University of Hull pada baru-baru ini. Beliau telahpun berangkat pulang pada Sabtu, 30 Mei, 2009.
Sdr Meor Azli, yang jua Timbalan Pengerusi Kelab dan merangkap Pengetua Kelas Bimbingan Melayu Hull memberi informasi mengenai perjalan kelas tersebut. Untuk pengetahuan umum, sesi pendaftaran secara online akan bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 5hb Jun 2009. Sila lihat lampiran surat di dalam yahoo group Melayu Hull.
Majlis diteruskan dengan jamuan yang telah disediakan oleh Sdr Mohsin dan Sdri Roza serta makan-makan yang telah dibawa oleh warga komuniti yang lain. Program berakhir dengan solat maghrib secara berjemaah yang telah diimamkan oleh Sdr Hj Razali.
Saturday 23 May 2009
Perjumpaan bil 4 Kelab Remaja Hull
Setiap adik-adik diminta untuk mengupas pandangan tersendiri mengenai isu yang dibincangkan.
Sunday 17 May 2009
Solat Hajat & Bacaan Yassin (Al- Kulliyah Lelaki))
Allah bertanya kepada manusia "Apakah manusia mengira bahawa ia kan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertangungjawaban)?" Di samping itu mengingatkan kita tentang menghadapi sakratul maut di mana orang kafir akan merasakan kesengsaraan dimana banyak kedustaan telah dibuat oleh mereka semasa kehidupan di dunia. Akhirnya Sdr mengingatkan semua agar menginsafi tujuan kehidupan di dunia dan sentiasa ingat tentang kematian yang mana sebagai satu ibadah, serta "Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya" Tetapi kerja dalam rangka amal soleh.
Dikesempatan ini, seluruh komuniti Melayu Hull juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Sdr. Awang kerana isterinya telah mengandung sebulan, anak yang pertama.
Saturday 9 May 2009
Perjumpaan bil 3 Kelab Remaja Hull
Perjumpaan pada kali ini telah dimulakan dengan senaman aerobik yang telah diketuai oleh adik Nashrul. Senaman ini telah dibuat di bahagian belakang rumah saudara Shafudin. Aktiviti diteruskan dengan sesi "memperkenalkan diri" daripada ahli-ahli remaja yang tidak dapat menghadirkan diri pada sesi pertemuan sebelum ini.
Program telah diteruskan dengan sesi perbincangan tentang implikasi penggunaan internet di kalangan remaja. Setiap dari ahli diminta memberikan sekurang-kurangnya satu pandangan peribadi terhadap isu yang dikemukakan. Alhamdulilah, adik-adik telah memberi respons yang positif dan bernas terhadap isu yang dibincangkan. Ini menunjukkan adik-adik remaja kita peka terhadap perkembangan semasa.
Aktiviti disambung dengan permainan berkumpulan. Permainan ini dikenali sebagai "Kelopak, jantung", cara bermainnya ialah : ada 2 kumpulan 'atau pun lebih' , kemudian ada satu leadder yang akan tunjukkan arah siapa akan cakap dulu .
Dan satu lagi permainan yg di panggil 'goreng pisang' . Terdapat 2 kumpulan :
Kumpulan A : adik Afham, adik Hakim, adik Syahida, adik Salwa dan adik Zana . Kumpulan B: adik Syafiq, Adik Nadia, adik Anis, adik Nabilah dan adik Ecah .
Friday 8 May 2009
Wacana Ilmu Perubatan Menurut Perspektif Islam
Baru-baru ini adik Nahdia mengalami ganguan makhluk halus. Setelah usaha dan ihktiar yang dilakukan oleh Ustaz Trimizi serta perkenan Ilahi, adik Nahdia telah pulih. Semoga adik Nahdia terus diberi kekuatan untuk mengharungi cabaran dan semoga Allah akan memartabatkan keimanan setelah ujian diberikan.
Perubatan Islam Menurut Perspektif Islam adalah merujuk kepada rawatan melalui Al-Quran dan As Sunnah tanpa mengenepikan perubatan moden yang mana telah dipelopori oleh Ibnu Sina dan Ar Razi. Walau bagaimanapun, Barat mengambil ilmu perubatan Islam tetapi mencabutnya dari akar Al-Quran. Penyakit sebenarnya boleh menjangkiti manusia samada dari gangguan makhluk halus atau virus (persekitaran).
Menurut Ustaz trimizi, syaitan akan masuk ke badan manusia sekiranya kita lemah dari segi emosi, kerohanian, intelek dan tidak berdampingan dengan manusia, contohnya, sentiasa murung dan bersendirian; (EQ, IQ, SQ dan AQ). Pada hakikatnya, manusia boleh diganggu oleh syaitan, jin dan iblis. Kategori gangguan pula gangguan bersifat sementara, sihir, susuk dan saka.
Perubatan Islam adalah mengajak manusia supaya menjaga aqidah dan jangan kita mensyirikkan Allah dengan menggunakan bomoh, memperbaiki ibadah dan akhlaq serta hubungan dengan masyarakat.
Selain daripada itu sebahagian warga Melayu Hull mengambil kesempatan membuat "scanning" sekiranya terdapat gangguan, sihir, saka atau susuk. Di samping itu ada juga memohon khidmat Ustaz bagi membuat usaha "memagar rumah".
Monday 4 May 2009
Mesyuarat AJK Bil 3
- Cadangan untuk memperkasakan blog melayu dengan membuat beberapa rangkaian dan capaian seperti "link" laman sawang MSD, jumlah pelawat dan info seperti kaedah-kaedah jika dilanda musibah seperti pengurusan jenazah dan senarai keperluan kedatangan pelajar baru.
- Memperkenalkan bidang tugas bagi setiap AJK agar melicinkan perjalanan program kelab.
- Sekolah Melayu Hull iaitu kelas bimbingan akan diteruskan, walaubagaimanapun, kita akan cuba mendapatkan tempat bagi tujuan menjalankan kelas tersebut dari sekolah-sekolah yang berhampiran. Program ini dijangkakan bermula pada hari Sabtu pertama bulan Jun ini (6 jun 2009). Justeru itu, pendaftaran kelas akan diadakan pada sabtu, 30 mei 2009. Pada peringkat permulaan, jika masih tiada tempat, kelas bimbingan ini akan diadakan di 3 buah rumah yang berdekatan iaitu rumah Saudara Zahari, Saudara Razali dan Saudara Ahmad.
Aktiviti yang dirancang pada bulan hadapan adalah :
- Suntikan Motivasi PhD Bersama Dr Mohd Farid Shahran (malam 12hb jun 2009, bertempat di rumah Saudara Ahmad. Sasaran: post-graduate).
- Seminar Ta`dib Islami. (sabtu, 13hb jun 2009, bertempat di North Community Hall, Hull. Anjuran Kelab Melayu Hull, Kelab UMNO hull dan MISG-ABIM UK& Eire. Pengisian 1: Tasawur Islami & Tradisi Ilmu, Pengisian 2: Pembinaan generasi Sallehudin Al-Ayubi dan Tajdid serta tayangan video untuk kanak-kanak kecil. Program ini turut mengundang kelab-kelab Melayu / UMNO yang berdekatan dengan bumi Hull, masa : dijangka bermula 2.30pm hingga 5.00pm)
- Program Hari Keluarga
- Lawatan ke Scarborough sambil program 'carboot sale'
Al Kulliyah ~2 Mei 2009~
Program telah dimulakan dengan bacaan surah Yaasin dan tahlil ringkas yang diketuai oleh Saudara Fuad. Kemudian ia diikuti oleh bacaan surah Al- Qiyaamah ayat 16-25 oleh Saudara Shafudin. Antara pengajarannya adalah Allah memerintah Nabi Muhammad agar tidak tergesa-gesa untuk mengafaz Al-Quran bila mana Malaikat Jibrail menurunkan wahyu. Allah SWT meminta agar baginda mendengar terlebih dahulu dan barulah menyebut ayat yang disampaikan. Selain itu Allah juga berfirman agar kita bersedia untuk kehidupan yang kekal abadi dan tidak terlalu mencintai kehidupan di dunia yang bersifat sementara.
Antara intisari tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Meor Azli adalah:
- Kebersihan makanan-Islam menggalakkan umatnya untuk memakan makanan yang bukan sahaja bersih, halal malah ia mestilah suci.
- Selain itu, jika terdapatnya lalat yang hinggap lalu terjatuh ke dalam air minuman kita, minuman tersebut masih dianggap selamat untuk diminum, dengan syarat kita dikehendaki membenamkan kedua-dua kepak sayap lalat di dalam minuman tersebut. Ia bersesuai dengan hadith Rasulullah berkenaan lalat yg jatuh di dalam minuman kerana antara kepak lalat tersebut, mempunyai penawarnya (boleh mengneutralkan kesan dari kuman lalat).
- Saudara Fuad juga menambah mengenai kupasan konsep suci dalam mengambil wuduk; bermula dari jenis air hinggalah cara mengambil wuduk.
Saturday 2 May 2009
~Kelab Remaja Hull~
Antara intisari pertemuan adalah :
- Adik Zana telah dilantik sebagai setiausaha Kelab Remaja Hull.
- Setiap kali pertemuaan akan dimulakan dengan senaman aerobik. Senaman ini akan dilakukan secara bergilir di kalangan adik-adik.
- Sukan antara ahli "bola beracun"
- Perbahasan peringkat remaja Komuniti Melayu Hull.
Sehubungan itu, wakil Kelab Remaja Hull, adik Nashrul dan adik Syahidah menjemput adik-adik remaja yang lain untuk menghadiri sesi perbahasan antara Kumpulan A (adik Hakim, adik Aisya, dan adik Nadia) dengan Kumpulan B (adik Syafik, adik Salwa, dan adik Syahidah) yang akan diadakan pada minggu hadapan. Perbahasan pada kali ini akan dipengerusikan oleh adik Nashrul dan adik Zana.
Tajuk :
Kesan Penggunaan Internet di kalangan Remaja
Venue :
Rumah Saudara Shafudin
Tarik & Waktu :
9 Mei 2009 (11am)
Friday 1 May 2009
Kunjungan Hormat ke IO
Pihak Kelab telah diketuai oleh Sdr Shafudin (Pengerusi), Sdr Meor Azli (Timb. Pengerusi), Sdr Zuber (Setiausaha), Puan Noriza (Ketua Biro Wanita) dan Sdr Ahmad Inamul Hasan (Ketua Biro Penerangan).
Pelbagai isu telah diutarakan bagi merungkai permasalahan semasa. Perbincangan seperti ini amat bermakna buat kita khususnya dalam rangka hal-hal kebajikan masyarakat Melayu yang belajar di University of Hull berkaitan dengan kedatangan pelajar baru, pembaharuan visa, yuran pengajian anak yang ingin mengikuti pengajian di Universti, “council tax” dan penggunaan ruang oleh Kelab serta peruntukan kewangan daripada Universiti ke Kelab.
Kunjungan sebegini begitu penting kepada pimpinan yang baru mengambil alih teraju Kelab dan juga Puan Radhika Longbottom yang juga baru menjawat jawatan Pegawai IO yang jua menjaga kepentingan pelajar luar negara Malaysia, Brunei, India, Bangladesh dan Pakistan. Semoga dengan adanya kunjugan seperti ini, maka hubungan antara komuniti dengan pihak IO dapat dipereratkan lagi..