Tuesday 1 November 2011

1Malaysia

PROGRAM “KEM 1MALAYSIA EXCEL CRUISE 2011”

HULL- ZEEBRUGE-BRUGES

20-22 DEC 2011

ANJURAN BERSAMA:

KELAB MELAYU HULL UNITED KINGDOM

&

SEKOLAH MALAYSIA HULL UNITED KINGDOM

DENGAN KERJASAMA:

RUMAH KELAB UMNO HULL


PROGRAM “KEM 1MALAYSIA EXCEL CRUISE 2011” KELAB UMNO HULL UNITED KINGDOM

LATAR BELAKANG

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebihmaju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaiani utamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Terpanggil dengan konsep 1Malaysia, Kelab UMNO Melayu Hull telah merangka dan bersetuju untuk melaksanakan program kem 1Malaysia summer cruise Hull-Zeebruge-Bruges berkonsepkan kem ilmiah motivasi diatas kapal pelayaran P&O selam 3 Hari 2 malam. Program ini juga dirancang khususnya bagi penyertaan pelajar dan juga warga Malaysia yang berada di United Kingdom.

OBJEKTIF PROGRAM

Dalam melahirkan generasi penyambung yang cemerlang, nilai-nilai 1Malaysia, kenegaraan dan Islam yang ‘moderate’ hendaklah dipupuk dan dibentuk secara bersama dan harmoni. Kem 1Malaysia Excel Cruise 2011 juga bertujuan mewujudkan satu persekitaran yang baik dan kondusif dalam memupuk benih-benih yang baik, bermula dengan perubahan minda, kefahaman yang tulen merangkumi segenap lapisan; anak‐anak, remaja, belia, dewasa, mahupun yang hampir bersara. Ia juga sebagai salah satu usaha inovasi dan kreativiti bagaimana nilai‐nilai agama, negara dan pemahaman konsep 1Malaysia dapat diterapkan secara bersahaja, dalam persekitaran yang nyaman dan dalam mood yang relax, tetapi komprehensif meliputi keseluruhan rutin hidup seharian kita, secara individu mahupun secara kolektif.

Program Intellectual discourse sepanjang tiga hari dua malam ini juga adalah venue yang baik untuk recharge semula minda, disamping peluang untuk take a break dari kesibukan pekerjaan dan pembelajaran seharian. Kem 1MALAYSIA EXCEL CRUISE ini juga satu platform untuk mendapatkan pengisian dan juga santapan bagi rohani kita.

‘Program Outreach’ tahunan yang julung kali diadakan ini adalalah berkonsepkan kem motivasi yang dirancang bertujuan :

a) Memupuk semangat 1 Malaysia di kalangan golongan pelajar dan juga golongan profesional yang menetap di United Kingdom

b) Bagi mengeratkan ikatan silaturrahim antara ahli-ahli Kelab UMNO seluruh United Kingdom dan juga warga Malaysia yang menetap di United Kingdom.

c) Sebagai tapak perbincangan ilmiah dan pertemuan pelajar dan komuniti Malaysia yang berada di United Kingdom.

d) Persediaan ahli apabila kembali bertugas atau ke pangkuan keluarga di Malaysia sebaik selesai pengajian sehaluan dengan konsep 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat

yang berintegriti tinggi.

Bruges terkenal sebagai Venice of the North merupakan medieval city

yang tidak mengekalkan landskap dan arkiteknye sejak berkurun

lamanya. Ia merupakan salah satu tempat tarikan utama di Eropah,

terkenal dengan fine Belgium chocolate dan panorama permandangan

yang amat cantik.

CADANGAN PROGRAM

Tajuk program : Kem 1Malaysia Winter Cruise

1) Tuan Sheikh Marwazi Dziyauddin

Timbalan Mufti Negeri Kedah

2) Ustaz Amar Sidque Mohd Amin

Education Attache (Agama) Education Malaysia



ATURCARA PROGRAM

Tarikh : 20-22 December 2011

Tempat : Di atas kapal P&O (Hull –Zeebruge- Bruges)

Peserta : 130 peserta

Tarikh program : 20/12/2011

Pendaftaran dan makan tengahari 10.00-12.30 pm

(Guildhall Hull City Centre)

Perasmian dan Program Intellectual 1 1.00-2.30 pm

(Guildhall Hull City Centre)

Daftar masuk ke P&O Ferry 3.00-500 pm

(King George Dock)

Fun Games dan Family Games 5.00-7.00 pm

Makan Malam 7.00-8.30 pm

Program Intellectua1 2 8.30-10.30 pm

Bersurai

21/12/2011

Tazkirah Subuh & Sarapan 6.00-8.00 am

Bertolak dari Zebrugee ke Bruges 8-9 am

(Bus)

Sight Seeing (Bruges) 10 am -5 pm

Balik daftar masuk ke P&O Ferry 6 pm

Makan malam 7-8.30 pm

Program Intellectual 3 8.30-9.30 pm

Persembahan dan penyampaian hadiah 9.30-11.00 mlm

Bersurai

22/12/2011

Tazkirah Subuh & Sarapan 6.00-8.00 pagi

Tiba di Port of Hull 8.00 pagi

Aktiviti bebas 9.00 am

(Ziarah Hull dll)

Bersurai 1.00 pm

Thursday 1 September 2011

Majlis Bersama PM London 15 July 2011

Bersama Naib Presiden UMNO Malaysia

Gambar wakil Kelab UMNO UK bersama PM




Sesi soal jawab




























Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih

Selamat beribadah di bulan Ramadhan 1432H semoga amalan dan pekerjaan mulia diberkati Allah S.W.T. hendaknya. Terima kasih pada tuan rumah saudara Irman & Salmi sekeluarga kerana menyediakan tempat untuk berbuka puasa dan bersolat terawaih berjamaah bersama.




Juga kepada semua warga melayu Hull dan rakan taulan yang terlibat menyumbang makanan serta tenaga dalam menjayakan majlis tersebut. Semoga amalan dan budi baik semua dirahmatiNya.


Tahniah kepada Guru Besar yang turut meluangkan masa menyerahkan saguhati untuk guru-guru yang berkhidmat sepanjang sesi Nov 2010 - Julai 2011 serta tuan rumah yang menyediakan tempat untuk pembelajaran. Namun pengobanan dan jasa guru tidak ternilai dengan wang ringgit yang dihulurkan. Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya bantuan yang dihulurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara (BPNUK) dapat meringankan bebanan kewangan kelab (terima kasih kepada sekretariat BPNUK yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan).





Anak-anak contohilah tauladan yang baik dan amalkan untuk kebaikan bersama pada masa depan. Andalah bakal pewaris generasi akan datang dan pembentuk negara tercinta. Hargai masa, pengorbanan, ilmu dan budi pekerti mulia agar jati diri yang terbentuk sukar diganggu gugat oleh anasir luar.














































































































Saturday 5 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011 & Majlis Resepsi Nik Adzrieman serta isteri.

Tarikh : 27/2/2011

Masa : 1400 - 1630

Tempat : North Hull Community Centre

Penceramah : Ustaz Hj. Zaharuddin Hj. Abd Rahman

Pengerusi Majlis : Puan Norini


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Ikhwan dan seterusnya ucapan ringkas Pengerusi Kelab Melayu Hull, Saudara Nazri. Beliau mengalu-alukan kedatangan penceramah bebas Ustaz Zaharuddin kerana sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul 2011. Selain itu, Pengerusi Kelab juga telah mengucapkan sekalung tahniah serta syabas atas kejayaan Sekolah Melayu Hull menerima wang sejumlah 3,000 GBP dan secara tidak langsung menjadi sebuah sekolah di bawah naungan kerajaan.


Sedikit latar belakang penceramah yang dipetik daripada zaharuddin .net adalah beliau berkelulusan B.A (Hons), Usuluddin dari Universiti Malaya, M.A Shari'ah (Hons) dari University Al-Yarmouk, Jordan dan PhD Syariah & Islamic Finance dari University of Wales, United Kingdom. Sekarang ini beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga penasihat kepada pelbagai organisasi. Tanpa membuang masa, majlis diserahkan kepada penceramah.


Pengerusi Majlis memberi sepatah dua kata



Bacaan doa pembukaan majlis



Antara intipati ceramah tersebut adalah sebagai manusia, kita tidak harus lupa akan matlamat asal dan destinasi yang perlu ditujui kelak. Dunia ini, kesemua isinya dilaknati atau dicela oleh Allah S.W.T kecuali tiga perkara iaitu orang yang belajar tentang agamanya, orang yang mengetahui agamanya dan orang yang sentiasa berzikir dan melakukan ibadah. Sunnah Rasullah S.A.W sebenarnya terbahagi kepada dua kategori. Pertama, dinamakan Tash'riah iaitu perkara yang dilakukan oleh Nabi dan kita sebagai umatnya haruslah menjadikan Baginda sebagai teladan terutamanya yang berkaitan dengan ibadah. Manakala kategori kedua yang dinamakan Ghairu Tash'riah merupakan hal-hal peribadi yang Nabi lakukan namun tidak diwajibkan ke atas umatnya untuk berbuat perkara yang sama ie memakai jubah, etc. ---

Ustaz juga telah mengeluarkan ayat sahih yang bermaksud, "Sesiapa yang berjumpa dengan tukang bomoh atau tukang tilik walaupun tidak mempercayai kata-kata mereka, tidak akan diterima solatnya selama 40 hari". Oleh itu, jelas ayat tersebut cuba menerangkan bahawa perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah S.W.T adalah satu dosa besar dan matinya seseorang itu dalam keadaan syirik jika tidak sempat bertaubat akan dicampakkan ke neraka. Nauzubillah.


Sebagai manusia, sudah tentu tidak akan lari dari melakukan dosa namun haruslah segera bertaubat dan menyekat diri daripada terus melakukannya. Mencapai tahap taqwa kepada Allah S.W.T bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu diseiringkan dengan iman dan juga ilmu yang bermanfaat. Konklusinya, kita haruslah cuba sedaya upaya memperbaiki hati dan memberikan prioriti terhadap apa yang lebih utama. Peranan Nabi Muhammad S.A.W adalah menyelamatkan umatnya dari terus alpa dengan perkara-perkara duniawi dan sekarang ini terpulanglah kepada kita sendiri untuk mendapatkan keredhaan Yang Maha Esa.


Penceramah jemputan : Ustaz Zaharuddin



Selawat beramai-ramai ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W




Majlis ceramah diakhiri dengan bacaan selawat yang dipimpin oleh Saudara Zaidi dan diikuti majlis resepsi merpati dua sejoli, Saudara Nik Adzrieman dan Puan Nordiana Rosli. Seluruh warga Melayu Hull mendoakan semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat dan bersabar meniti asam garam hidup berumah tangga. Tahniah diucapkan kepada pengantin baru.


Pasangan pengantin yang diraikan






Sunday 6 February 2011

Pertandingan Badminton



Pada Ahad 24.10.2010 telah berlangsung dengan jayanya Perlawanan Badminton Persahabatan antara Ahli-ahli Kelab Melayu Hull. Pertandingan sebegini buat julung kalinya diadakan adalah cetusan ilham Saudara Nazri sendiri, selaku Pengerusi Kelab Melayu Hull yang baru sahaja dilantik. Sukan kegemaran rakyat Malaysia ini telah diadakan di Ennerdale Leisure Centre, Sutton Road, HU7 6EA, Hull dan ternyata telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Keseluruhannya, jumlah peserta yang telah mengambil bahagian adalah lebih kurang 30 orang. Untuk makluman semua, dua jenis kategori telah dipertandingkan iaitu 'beregu campuran' serta kategori 'bapa dan anak'.

Aksi para pemain yang bersungguh-sungguh

Antara faedah atau kebaikan bermain badminton adalah ia dapat membantu pemain mencapai berat badan yang seimbang dan optimal dengan ketinggian dan mampu mengurangkan kadar kolesterol berlebihan di dalam badan. Bukan setakat itu sahaja, jika dilakukan secara kerap dan konsisten, ia dapat mengurangkan masalah stress secara tidak langsung mencegah risiko hypertensi. Oleh yang demikian, aktiviti seperti ini amat disyorkan bagi mereka yang sudah bekerjaya dan juga yang sedang belajar.



Anak-anak tidak melepaskan peluang untuk beriadah bersama





Acara penyampaian hadiah dimulakan dan berikut merupakan pemenang-pemenangnya






Naib Juara Beregu Campuran : En. Nazri dan isteri









Juara Beregu Campuran : Dr. Syahril serta isteri





Juara kategori 'Bapa dan Anak' : En. Zuber dan anakanda






Sesi bergambar sesama para pemenang


Pertandingan sebegini selain dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda, juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi nilai kekeluargaan dan persaudaraan sesama ahli kelab tanpa mengira lapisan umur. Adalah dengan ini, diharapkan agar akitviti seperti ini bukanlah yang terakhir dilakukan dan semoga ia menjadi acara tradisi kerana banyak faedahnya yang dapat kita peroleh. Jelas terserlah keceriaan terpancar dari raut wajah para peserta setelah dapat melakukan aktiviti yang sihat bersama keluarga.









Monday 31 January 2011

Kuliah Gabungan Januari 2011

Salam tahun baru 2011 kepada semua warga melayu yang berada di Hull dan juga di mana jua berada agar sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T hendaknya. Siri kuliah kali ini diadakan di rumah saudara Zuber & Zurina. Majlis ini dipengerusikan oleh saudara Zaidi (Biro Kerohanian) dan pembicara jemputan Bapak Ya'cob (daripada Acheh, Indonesia yang secara kebetulan turut menuntut di Universiti Hull).




Kedatangan hampir keseluruhan warga Melayu telah memeriahkan lagi majlis ini yang terpaksa diawalkan akibat kekangan masa sesetengah warga yang terpaksa menjalankan tugasan harian /rutin.




Bacaan Yassin dan tahlil dimulakan tepat 1.30 petang oleh Abg Ahmad Rohidi dan diikuti tazkirah ringkas oleh Bapak Ya'cob yang membicarakan tentang binatang 2 kecil yang disebut dalam Al-Quran iaitu semut, labah-labah dan lebah. Setiap binatang tersebut diceritakan mempunyai kelebihan masing-masing, namun keburukan yang dimiliki perlulah dihindari oleh manusia.




Semangat semut yang sentiasa bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki perlulah dicontohi tetapi ianya tidak bermakna sekiranya rezeki yang diperolehi tidak dinikmati sepenuhnya. Secara imbasan kereta 2 yang besar, cantik dan mewah yang dimilik hanyalah untuk disimpan bukannya untuk dimanfaatkan kegunaannya. Walaupun begitu semangat semut yang sentiasa mengangguk 2 kepada apabila bertemu (membawa erti bersalaman) amat perlu diamalkan oleh setiap insan yang mukmin.




Labah 2 pula walaupun sarangnya merupakan rumah yang paling lemah di dunia tetapi mampu untuk menjerat serangga untuk dijadikan makanan. Namun tabiatnya yang hanya menunggu rezeki datang kepadanya perlu dielakkan. Tambahan pula sekiranya tiada makanan ia sanggup memakan anak2nya ..... suaminya tanpa ihsan.




Sebaliknya contohilah lebah dalam amalan kehidupan yang sentiasa bekerja dengan penuh tekun, bersemangat, bersatu padu dan manfaat yang dijananya sentiasa dicari oleh manusia mahupun binatang iaitu....madunya yang asli....sukar untuk dicari yang 100 % original.....kerana banyak di pasaran adalah tiruan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati dalam kehidupan yang penuh dugaan dan pancaroba ini agar kebahagiaan / kegembiraan yang diperolehi berkekalan dan dirahmati.













Kuliah Gabungan Dec 2010





Siri Kuliah Gabungan bagi bulan Dec telah diadakan di rumah saudara Nazri (Pengerusi Kelab). Majlis ini dimulai dengan bacaan Yassin dan tahlil ringkas untuk kesejahteraan penghuni Hull serta ummat Islam keseluruhannya oleh Abg Ahmad Rohidi.







Seterusnya diikuti tazkirah ringkas oleh saudara Nazri yang mengupas persoalan "Jangan Bersedih" agar memberi semangat dan kekuatan mental & fizikal kepada warga Melayu Hull yang menghadapi dugaan /cubaan/mehnah dalam kehidupan pembelajaran di perantauan. Pelbagai rintangan dan dugaan ini telah mematangkan seseorang insan agar bersabar dan tabah dalam perjuangan yang berliku kerana setiap kecemerlangan dan kejayaan yang diperolehi tidak mudah dikecapi.












Namun berkat ketekunan, usaha yang berterusan dan sokongan ahli keluarga serta komuniti yang penyayang di samping tidak melupai Yang Maha Esa pastinya ada jalan penyelesaian bagi setiap perjuangan dalam penghidupan. Semoga ahli-ahli Kelab Melayu sentiasa komited dengan perjuangan dan berjaya mengakhiri pengajian dengan jayanya.